Tuesday, February 21, 2012

Seminggu sekali

Amir dah bersedia untuk ke masjid. Dia duduk di atas motor sambil menunggu Azam. Kedua-dua tangannya kemas memegang handle motor sambil matanya memerhati budak-budak sekolah yang berjalan melintasi rumah. Asap motornya masuk sedikit ke dalam rumah melalui pintu yang ternganga. Seketika kemudian Azam muncul di pintu dengan muka dibasahi air wuduk. Dia terus menyarung selipar dan mengunci pintu rumah.

"Daus tak gi?" soal Amir
"Tak" jawab Azam
"Dia buat apa kat dalam?"
"Tidur, dia suruh kirim salam kat tok imam" tambah Amir sambil duduk membonceng di belakang Amir.
Vroomm...mereka pun bertolak ke masjid

Pulang dari masjid..

"Woi, apa nak jadi ni?" Amir sengaja menguatkan suara.

Daus terjaga dari tidurnya. Dia memeluk erat bantal yang terletak berhampiran dan menutup semula mata. "Emm..bestnya tidur" Daus bersuara sambil menggerakkan bahu.

"Dah la minggu lepas tak pergi, minggu ni tak pergi lagi.. ish ish" sampuk Azam sambil menghirup air tebu yang dibelinya tadi.

"Ala baru 2 minggu, minggu depan aku pergi la." Daus menjawab dengan suara malas. Matanya tetap terpejam.

"Rosak budak ni" kata Amir sambil berbaring di satu lagi tilam di bilik itu. Dia dah bersedia untuk tidur. Dengan langsir tingkap yang tertutup rapat, syok juga kalau dapat tidur sampai petang...gelap.

"Weh, setakat sembahyang pun harap solat jumaat seminggu sekali je.. tak payah nak bising la woi!" Daus bersuara.

Amir pantas memeluk bantal, badannya dipalingkan ke dinding dan matanya dipejamkan.

Friday, February 10, 2012

Pengikut di tangga

Semalam semasa pulang dari kerja, saya naik tangga di lot rumah kedai tempat saya menyewa. Rumah saya di tingkat 4, atas sekali. Ada seorang lelaki kebetulan menaiki tangga juga. Saya pun tak cam sangat, mungkin sebab tak pernah terserempak. Kat rumah sewa saya macam tu la, lalu kat tangga masa nak pergi kerja, balik kerja dan pergi makan je. Kadang-kadang ada la terserempak dengan orang lain. Bila terserempak tu saya senyum la. Ada yang bila saya dah senyum, buat tak tahu je. Lantak kau la.

Dia di belakang saya, dan menaiki tangga dengan agak laju. Saya pun terpaksa laju sikit sebab dia makin lama makin dekat. Dah la saya tengah bawa banyak barang..huhh. Ko nak raba ke apa ha? Dia menuruti saya sampai ke tingkat 4 juga. Sekali dia berbunyi macam terkejut "Eh.." lalu dia patah balik ke tingkat 3. Dari depan pintu rumah saya, kedengaran dia membuka grill rumahnya. 

Entah apa-apa..

Wednesday, January 25, 2012

Melayan diri di kala cuti

Amboi, seronok kome bercuti ye. Ada yang balik kampung, ada yang bercuti-cuti Malaysia. Bagus la tu, sementara ada peluang nak bercuti panjang. Saya juga yang banyak duduk terperap di rumah. Boleh kata siang memang tak ke mana la. Malam je saya mengaktifkan diri (bosan kot). Jumaat main futsal, Sabtu tengok bola dengan geng hitam putih, Ahad tengok bola dengan Kamal. Selesai tengok bola pada pukul 2 pagi, singgah di Uptown Danau Kota, meronda sorang-sorang. Isnin keluar minum sorang-sorang kat mapley. Ah, bosan (i told you). 3 kali je saya keluar siang; Isnin pagi berjoging sorang-sorang kat KLCC, Selasa petang (semalam) meronda sorang-sorang kat Ampang Point dan hari ni (Rabu - masih bercuti) pergi buat kad pengenalan baru di JPN Putrajaya.

Lepas jalan-jalan di Ampang Point semalam, saya minum teh tarik di Restoran Pelita yang terletak berhampiran. Agak-agak dah bosan main game kat handphone, saya pun pergi ke kaunter dan bayar. Saya keluar kedai sambil geleng kepala. RM 1.80?!...demm

Hasil yang saya dapat sepanjang cuti ni ialah sehelai seluar 3 suku untuk beriadah dari Uptown, 2 helai baju (buy 1 free 1) dari Ampang Point dan sepasang kasut hiking, juga dari Ampang Point.

Bagus, dah ada kasut yang sesuai untuk beraksi di pergunungan.

Baru ada cengkaman yang hebat.


Tuesday, January 17, 2012

Sekali sekala rajin

Saya suka la bila saya jadi rajin tiba-tiba. Kalau setiap hari rajin, jadi biasa je. Tapi bila sekali sekala rajin, jadi best pulak. Mood pun baik, fikiran pun positif. Oh, bagusnya. Ini bukan cerita pasal kerja la, ini cerita selain dari waktu kerja, waktu di rumah.

Balik rumah sewa semalam, minum secawan nescafe. Lepas tu ambil penyapu, sapu lantai bilik dan ruang tamu. Lepas tu mop lantai pulak. Wah, tiba-tiba jadi bibik yang rajin.

Balik dari Bangsar petang kelmarin...sebelum mandi, buka jaring dan bilah kipas meja, terus cuci. Tiba-tiba tergerak nak cuci pasal habuk dah tebal.

Minggu lepas, balik dari mana entah... parking motor depan rumah, terus cuci. Wah, dah 3 minggu tak basuh  (maksud saya 3 bulan...uhuk)

Selalunya benda rajin ni jadi kalau duduk sorang-sorang kat rumah.

Hari tu kena jaga anak buah sorang-sorang kat rumah, tiba-tiba jadi rajin lipat baju. Budak kecik tu pun sibuk la nak mengacau, saja dia berdiri atas baju yang sedang kita lipat. Tak hormat Pak Long ye budak kecik!  ;p Padahal sebelum tu dia sibuk dengan mainan dia. Tapi saya memang lemah la lipat baju perempuan, macam-macam bentuk, tak empat segi macam t-shirt. Kalau kain batik senang la. Baju-baju yang susah mau lipat tu kita skip je.. ;)

Saya punya almari baju dah bersepah tu. Baju berlipat yang bersusun tinggi tu dah macam nak runtuh gayanya. Tunggu jugak bila rajin ni nak datang. Tak datang-datang lagi.

Kadang-kadang sebelum emak keluar ke mana-mana, emak pesan suruh sidai baju. Kalau emak balik, kain baju masih dalam mesin basuh, memang tak manis la kan. Jadi kena la sidai. Kalau ada gadis-gadis yang nampak, harap diorang jangan la kagum sangat. Itu rajin terpaksa..huhu

Wednesday, January 11, 2012

Johara

Barulah terasa nak dengar Era di waktu pagi.

Monday, January 9, 2012

Buatlah macam tu

Kamu nak tahu, hari tu masa nak balik kerja ada kereta halang kereta saya. Disebabkan dah memang masa untuk pulang, saya tunggu je la kejap. Malas mau tekan hon buat bising. Hon saya bukan kuat sangat pun bunyinya, silap-silap bunyi kentut kamu lagi kuat. Itu pasal saya jarang guna, paling kuat saya usap-usap je.

Dalam 15 minit kemudian barulah tuan punya kereta tu keluar. Cantik betul perangai dia. Hidupkan enjin kereta dan berlalu macam tu je.

Kak, kat dalam kereta saya ni ada satu sampul surat. Kat atasnya tertulis nombor telefon saya. Bila sekali-sekala saya menghalang kereta orang, saya akan letak atas dashboard. Akak buatlah macam tu.

Hari tu ada seorang Pak Arab call saya, dia bagitahu dia nak keluarkan kereta. Alaaa... 

Thursday, January 5, 2012

Riang

Bekerja dengan riang! :)


Demba Ba - Man of the match
Everyday I shuffling....lalalalala