Saturday, February 7, 2009

Bayar saman

Pada hujung bulan lepas saya semak status saman di MyEG Services. Seperti yang dijangka, ada saman yang belum dijelaskan...hehe. Ingatkan dua saja, rupanya ada empat. Semuanya kesalahan menghalang lalu lintas. Alang-alang dah semak, bayar teruslah secara online. Tak susah pun, tiru saja aksi Maya Karin...cuma perlu depakan tangan dan gerakkan ke depan, ke kiri dan ke kanan. Dalam masa beberapa minit saja semuanya selesai. Mudah kan? Kelmarin saya semak semula status saman, tapi saman-saman tu masih kelihatan di sistem. Wah, cari pasal la tu kan.. Saya terus hantar e-mail kepada MyEG Services dan bertanyakan perkara tersebut. Nasib baik selesai, kalau tak saya saman..;) Kamu semua bagaimana, ada saman yang masih tertunggak?

8 comments:

susannah said...

bayar sekali utk aku leh tak ???

Lan Bingka said...

susannah: banyak cantek..bayar sendiri la..;)

Emblem of Purity said...

kesalahan menghalang lalulintas tu apa? berada dlm petak kuning ek.

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: saya parking sesuka hati..hehe

Emblem of Purity said...

Ngeh ngeh ngeh patutlah kena saman. Kalau saya jadi polis tu, saya saman double hehehe ampunnn....

Lan Bingka said...

Emblem of Purity: wah, nak saman double..salah guna kuasa ni..;)

PJ selamba said...

err
aku pun ada saman dari MBSA
camne ni
dah 3 tahun tak bayar
haha

Lan Bingka said...

PJ Selamba: setakat saman dari PBT aku buat tak tau je..hehe