Saya amat menghormati blog yang tidak merosakkan bahasa (Bahasa Melayu). Kan bagus kalau bahasa itu dipelihara, lebih-lebih lagi oleh bangsanya sendiri. Tak perlu nak guna ayat macam dalam buku atau suratkhabar. Cukup la sekadar molek dan mudah dibaca.
Saya tak gemar melihat perkataan yang dipotong, contohnya ak, x, ske, ko, wat, cmtu dll..
Saya tak gemar melihat perkataan gedik, contohnya apew, kowang, jumpew, ktnew, gitew dll..
Saya tak gemar melihat bahasa rojak. Well, mungkin sikit-sikit tu takpe (macam ayat ni)..;p Tapi janganlah sampai semua ayat nak dirojakkan. Apa tak lengkap ke satu ayat Bahasa Melayu tanpa dicampurkan dengan Bahasa Inggeris? Kalau nak guna Bahasa Inggeris, sila tulis satu ayat penuh.
Ahh sayang.. semakin ramai bangsa asing di seluruh dunia mempelajari bahasa kita, tapi kita pula merosakkannya. Dan kita bangga? huh..
Bahasa-bahasa yang tak betul tu boleh simpan dan guna dalam SMS, YM, FB, Skype, dan sebagainya...
* Saya tak kisah la orang nak tukar nama Bahasa Melayu tu kepada Bahasa Malaysia ke apa, saya tetap panggil Bahasa Melayu.

0 comments:
Post a Comment